Friday, 8 February 2008

KURSUS ONLINE KAWAL MIMPI

Kursus online KM adalah satu kursus lengkap dan sangat berkesan. Kursus ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja. Kursus online dibuat sebegitu teliti sehingga anda mendapat hasilnya InsyaAllah dalam 30 hari.

Kursus ini diatur dengan cermat dan dipantau setiap 3 hari. Anda akan diberikan soalan untuk dijawab tujuannya untuk mengenalpasti tahap persediaan peserta. Jangan risau ttg soalan itu. Soalan itu semuanya mudah dijawab dan setiap peserta mempunyai jawapan tersendiri.Semuanya jawapan adalah betul.

Untuk memulakan kursus KM online ini saya mengukur daripada jawapan daripada solan yang saya berikan itu. Setiap peserta adalah mempunyai kelebihan masing-masing.

Setiap 3 hari saya akan bertanya soalan dan memberikan latihan-latihan yang mudah. Latihan semuanya mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Tujuannya adalah supaya saya mendapat tahu perkembangan setiap peserta yang mengikuti kursus KM online ini.

Setiap peserta boleh bertanya apa-apa soalan jika ada kemuskilan atau ada apa-apa yang kurang faham@jelas. Terus menghubungi saya melalui email.

InsyaAllah selamat Majujaya.

Wassalam.

No comments: